Selamat datang ke i-nurani untuk
AKADEMI KAJIAN RANTAU NUSANTARA AKAR.
LATAR BELAKANG – AKAR
Akademi Kajian Rantau Nusantara (AKAR) merupakan sebuah akademi yang melakukan kajian sejarah, budaya dan tradisi; AKAR juga menumpukan analisa startegik pada elemen teras kekuatan Bangsa Rumpun Nusantara. Dengan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai badan NGO dan institusi kerajaan AKAR mengadakan perlatihan pembinaan Jati Diri bangsa. Kami yakin dan percaya Nusantara mempunyai sejarah gemilang dan kaya dengan khazanah yang belum diterokai sedang ia berpotensi menjadi sebuah peradaban dan tamadun dunia.
Atas dasar itu kami mengupayakan segala sumber daya dan jaringan strategik bagi mengumpulkan maklumat dan data demi mengenal pasti potensi Asia Timur - Nusantara. AKAR melakukan inisiatif menggali khazanah yang hilang, melakukan kajian dan analisa lapangan dalam bidang ekonomi, politik, keselamatan serantau, sains & teknologi, sosio-budaya, agama dan sejarah.
AKAR menampilakan sepohon pokok yang teguh batangnya, bercambah rantingnya serta rimbun daunnya, lebat menghijau dan berbunga sebagai simbol oraganisasi ini. Dari sini ia membawa kefahaman bahawa pohon itu pasti mempunyai akar yang teguh dan merupakan tunjang serta teras utama yang sangat penting bagi sesebuah pokok.
Dalam konteks ini, jika dinisbahkan pohon itu kepada sesuatu bangsa, maka akarnya adalah “Jati Diri”; yang menjadi teras utama. Itulah konsep dan kerangka yang ditampilkan agar kemudian hari dapat melahirkan anak bangsa yang teguh nilai jati dirinya, disulami ilmu dan adab yang tinggi serta kenal ia akan potensi dirinya sendiri.
AKAR telah digerakkan sejak 2012 sebagai organisasi dan telah didaftarkan secara rasmi sebagai platform akademi pada tahun 2020.