MENGAKTIFKAN KARAKTER LELUHUR
Program Mengaktifkan Karakter Leluhur (MKL) adalah program khusus dalam membina potensi diri dengan mengaktifkan karakter leluhur yang terpendam di dalam darah kita. Di dalam darah kita menyimpan memori genetik Leluhur sejak berzaman-zaman. Di sanalah ciri-ciri khusus diri yang disebut sebagai karakter (watak), nilai, ilmu kemahiran, pengalaman, hikmah warisan & banyak lagi terakam. Ianya kekal di dalam memori kita dan berupaya dicetuskan kembali menjadi 'pakaian diri'. Sebahagian besarnya diwarisi daripada jalur keturunan yang panjang dan selebihnya terbina melalui pengaruh kehidupan.
MKL adalah sebuah explorasi dalam merungkai hakikat ini yang sudah hilang ditelan zaman. Kita perlu menjejak dan menelusurinya kembali ibarat mencari permata yang hilang, kerana ada amanah warisan yang perlu ditunaikan. Selaku hamba dan Khalifah Allah di muka bumi ini, peranan yang perlu di jalankan bersesuaian dengan karakter leluhur yang dianugerahkan. Masanya sudah tiba untuk kita menjejak dan merungkai kembali khazanah yang hilang.
Proses ini perlu berlaku dengan kefahaman yang benar dan aplikasi praktikal yang tepat. Menelusuri jalur leluhur dan mengaktifkan karakter, bukannya dengan amalan (ritual) mistik, jelmaan roh dan kehadiran semangat keturunan tetapi mengaktifkan memori yang sekian lama terpendam. Seminar satu hari MKL nanti akan menjelaskan secara ilmiah dan saintifik dengan panduan praktikal bagaimana ia boleh terjadi. Masanya telah tiba mengolah ia menjadi realiti dan peluang untuk mengaktifkan karakter berdasarkan kefahaman ilmu dan panduan praktikal.
Ayuh bersama kami Khalid Yahya, Abg Teh Syah & Izzuddin Al Jitrawiy pada Seminar MKL nanti.
SABTU
5 OKTOBER 2024
HOTEL ADAMSON, CHOWKIT, KL
SEBARANG PERTANYAAN KLIK DI BAWAH:
>>> Tekan sini untuk Whatsapp Admin <<<
PERINGATAN:
Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan (Non Refundable) sekiranya peserta menarik diri atau membatalkan penyertaan.